CARA TUNTUT HARTA PUSAKA

duit pusakaBagaimana Membuat Tuntutan Harta Pusaka dan Proses Tuntutan Harta Pusaka? *Tanpa Wasiat

Membuat tuntutan harta pusaka bukanlah semudah yang disangkakan. Secara dasarnya boleh saya katakan bahawa tuntutan harta pusaka perlu melalui proses seperti yang telah ditetapkan undang-undang.

Bagi nilai harta pusaka yang tidak melebihi 2 juta (dikenali sebagai ‘Pusaka Kecil’), tuntutan perlu dibuat di Unit Pembahagian Pusaka Kecil (biasanya di Pejabat Tanah) dengan syarat harta pusaka tersebut turut mempunyai harta tak alih (contohnya: tanah). Manakala bagi nilai harta pusaka yang melebihi 2 juta, proses tuntutan perlu dibuat di Makamah Tinggi. Dan akhir sekali sekiranya nilai harta pusaka tidak melebihi RM600,000.00 yang terdiri daripada harta alih sahaja (contohnya : wang tunai, akaun simpanan bank) tuntutan perlu dibuat di Amanah Raya Berhad.

Cara Membuat Permohonan Pembahagian Pusaka Kecil (Permohonan Kali Pertama) adalah dengan menggunakan Borang A. Selain itu, permohonan tersebut mesti disertakan dokumen-dokumen sokongan. Pada kebiasaannya, selepas borang permohonan tersebut diproses pemohon akan dipanggil untuk menghadiri bicara kuasa. Setelah itu, Perintah Pentadbiran dan Perintah Pembahagian akan dikeluarkan. Untuk lebih jelas klik di sini.

Cara Membuat Permohonan Pusaka Besar di Mahkamah Tinggi, saya sarankan anda menggunakan khidmat peguam. Ini kerana, permohonan di Mahkamah Tinggi melibatkan prosedur yang rumit. Walaubagaimanapun, undang-undang tidak menghalang sekiranya anda berhasrat untuk menguruskan permohonan tersebut secara sendiri. Sila diingatkan, saya sentiasa ada untuk membantu anda di kala perlukan pertolongan.

Akhir sekali, Cara Membuat Permohonan Pusaka di Amanah Raya Berhad, anda dinasihati untuk terus berjumpa dengan pegawai di Amanah Raya Berhad bagi mendapatkan penerangan dan penjelasan yang lebih terperinci. Hal ini demikian kerana kebiasaannya harta pusaka bagi setiap kes adalah berbeza dan Amanah Raya Berhad mempunyai format dan borang yang berbeza bagi setiap kes. Untuk lebih jelas klik di sini.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan Harta Pusaka, Faraid, Hibah (Hibbah), Wasiat (Will), Surat Ikatan Amanah (Trust Deed) atau apa saja yang berkaitan, jangan segan silu untuk menghubungi saya di lawyerazlan@gmail.com

…kamarpeguam

 

4 thoughts on “CARA TUNTUT HARTA PUSAKA

  1. saya sudah pun memperolehi sijil faraid dari mahkamah tinggi shah alam yg sudah menentukan 5/6 Bahagian kpd ayah dan 1/6 Bahagian ibu – arwah kakak tidak berkahwin. Masih kan saya perlu membuat permohonan pembahagian harta pusaka kecil permohonan kali pertama ke atas harta pusaka arwah kakak saya?

    • Salam. Sekiranya anda telah mendapat Sijil Faraid, anda masih perlu mendapatkan Surat Kuasa Pentadbiran bagi membolehkan harta pusaka arwah kakak anda dipindahmilik @ diserahkan kpd ayah dan ibu mengikut pecahan seperti dalam Sijil Faraid tersebut.

      Semoga roh arwah kakak anda dicucuri rahmat Allah.

      Wallahualam.

  2. Salam Tuan… Ayah saya telah meninggal dah jumlah harta tak alih melebihi RM2 Juta dan saya berhasrat ingin melakukan tuntutan sendiri tanpa khidmat peguam atau Amanah Raya Berhad, saya mempunyai beberapa soalan jika Tuan tidak berkeberatan;

    1. Bagaimana saya ingin mengetahui prosedur lengkap untuk membuat tuntutan? Jika terdapat panduan buku atau manual, boleh Tuan beri Nama dan dimana untuk mendapatkanya? saya ada merujuk “Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012” tetapi masih tidak jelas.

    2. Jika arwah mempunyai syarikat Sdn Bhd, adakah saham syarikat tersebut dikira sebagai harta alih? dan adakah proses tuntutan sama seperti harta alih yang lain?

    3. Jika arwah mempunyai hutang rumah dengan bank, bolehkan hutang tersebut dipindah milik ke waris yang bakal memiliki rumah tersebut (waris bersetuju tanggung hutang) dan bagaimana prosedurnya?

    4. Adakah saya memerlukan sijil faraid mahkamah syariah memandangkan kami sekeluarga sudah bersetuju dan bersepakat harta tersebut dibahagian mengikut persetujuan bersama.

    5. berapa lama anggaran tempoh masa untuk menyelesaikan tuntutan pusaka?

    Segala maklum balas dari pihak Tuan amat dihargai …

    Sekian Terima Kasih
    Wasalam..

    • Wsalam.

      1. En Hussein, oleh kerana harta pusaka arwah ayah Tuan melebihi nilai RM2 juta ringgit, Tuan perlu mendapatkan surat kuasa pentadbiran di Mahkamah Tinggi. Justeru, nasihat saya adalah utk Tuan dapatkan khidmat peguam.

      2. Saham dikategorikan sbg harta alih dan boleh diwarisi sbg harta pusaka.

      3. Perlu perbincangan dgn pihak bank.

      4. Sijil Faraid akan menentusahkan waris yg layak menerima harta pusaka. Namun pihak waris masih boleh menetapkan kadar pembahagian secara muafakat.

      5. Tiada jangka masa tetap. Bergantung sepenuhnya kpd kerumitan kes dan kepantasan pihak berkuasa.

      Wallahualam.

      Terima kasih.

Leave a comment